Halaman

Lirik Bagaikan Bidadari - Tomok

Bagai sebuah cerita aku dan dia
Bermula hanya matanya yang mempesona
Dia membuatkan hari-hariku
Bagai sempurna tiada celanya
Malamku gelisah siangku bertanya
Jika kau tak bersama

Hadirmu bagaikan bidadari
Melengkapkan langkahku yang terhenti
Kaulah permaisuri
Gelap dunia tanpamu
Umpama nafasku kan berhenti
Jika kau hilang dalam hidup ini
Percayalah kasih cintaku padamu

Taxi - Angkubah

Detik dan waktu
Meninggalkan kita
Agitasi jiwa masih melanda
Beri daku
Sedikit waktu

Sebelum ku terima cintamu
Pastikan ku cerminkan jiwaku
Untuk aku
Cinta kamu

Menanti angkubah selimut diriku
Itulah harapan paling kau puja
Hati kamu
Bima sakti

Lirik Kebahagiaan Dalam Perpisahan - Shahir AF8

tak perlu ucapkan sepatah kata
kerna lantang terbaca dari muka
kau dan daku sudah tiada
keserasian di jiwa
mungkin magisnya sudah hilang

tak perlulah kita mencuba lagi
betulkan kesilapan perhubungan ini
bila setiap perbincangan
menjadi perbalahan
manakah agaknya cinta kasih

*corus

embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
bunga yang layu pada musim luruh
yang dulunya mekar di sinar suria
bila sudah kering pasti akan gugur

Lirik Cinta Sempurna - Yuna

aku manusia lemah
selalu terjatuh
berbeda aku darimu
kau berdiri teguh
aku serba tiada
aku kekurangan
dan bila kau tiba
aku hilang dari kewujudan

sempurnanya sifatmu
tulusnya hatimu
jujurnya niatmu
tingginya kesabaranmu
lepaskanlah diriku
kerna aku
tak mampu 'tuk menanggung
sebuah cinta sempurna
darimu
darimu ohhh

Lirik Tolong Ingatkan Aku – Ana Raffali

jangan disusun kata-kata penamat
jangan disebut baris ayat keramat
biar lenyap diserap sunyi
biar senyap yang tak menyepi

tolong ingatkan aku
kisah kau tersedar
dengan saku penyeluk masa

mari patahkan papan markah lama
mari padamkan buku tiga lima
biar luka sembuh sendiri
biar lupa ditebus hari

*corus

tolong ingatkan aku
kisah kau tersedar
dengan saku penyeluk masa
kau dampingi aku
setiap detik jantungku berdetak
setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Lirik Hanyut – Faizal Tahir

Harus bagaimana lagi
Dan terus begini
Dengarkan aku
Lihat ke mataku

Cukup sudah kau menghukum
Salahku tetap salahku
Benarkan ku berbicara
Agar bisa pulih semua

Namun harus sampai bila
Kau kan diam seribu bahasa

Lirik Kalau Berpacaran - Ana Raffali, Sohaimi Mior Hassan dan Altimet

Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang

Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang

Lirik Bertemu Cintaku - Ezad Exist

Di sini aku telah lalui
Detik hitam silam
Pernah menghantuiku

Apabila bertemu dirimu
Berubah segalanya
Kerana kejujuranmu

Kasih cara bicaramu
Senyum di bibirmu
Membuat ku rindu

Lirik Pujaan Malaya - Adzrin Azhar

Pujaan Malaya
Kau pujaan
Pujaan

Hati
Dihantu bayanganmu
Rindu
Termimpi tiap waktu

Cinta
Bercampur curiga
Kerna
Kau satu-satunya
Pujaan Malaya

Lirik Sungai Lui – Aizat

Pejamkan matamu untukku
Dengarlah dunia berkata-kata
Usah kau ragu di sini tempatmu
Walau berubah di mata kita tetap indah
Selagi kau masih percaya

Ketawa kecewa terpisah
Jalan yang lurus kian berhalang
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya

Lirik Gadis Semasa - Yuna

Oh begini rasanya cinta
Berani aku lagukan kuasanya
Dan aku begitu naif untuk dirimu
Kerna usia

Oh sekarang bukannya masa
Untuk kau ungkit lagi salah siapa
Dan engkau terlalu ego untuk diriku
Kau memang begitu

Bukalah mata oh
Yang selama ini kau pejamkan
Dan lihatlah diriku
Buanglah buanglah
Buang curiga yang telah lama ku/kau simpan
Yang mungkin memudaratkan mu

Lirik Kekanda Adinda - Atilia & Monoloque

Oh kekanda jangan iri hati
Dinda naik pangkat lagi
Oh adinda kanda mana dengki
Malah kanda support bini

Jadi dinda mahu mengambil masa
Tapi kanda mahu segera
Dinda ingin berjaya dalam kerjaya
Tapi kanda mahu cahaya mata

Dinda belum bersedia
Kanda dah beria ria
Jadi yang mana satu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka

Lirik Sesuci Lebaran - Siti Nurhaliza

Sesuci... di hening subuh sunyi
Sesuci... terdengar nurani
Sesuci... salam untuk Ilahi
Bagaikan memanggil insafi pada diri

Lebaran... terasa kesayuan
Lebaran... takbir bersahutan
Lebaran... memuji keagungan
Bergema suara syukuri nikmat Tuhan

Lirik Dari Jauh Kupohon Maaf - Sudirman

Dalam dingin subuh hatiku terusik
Kenang nasib diri di rantauan
Bergema takbir raya menitis air mata
Terbayang suasana permai desa

Rindu hati ini inginku kembali
Pada ayah bonda dan saudara
Tetapi aku harus mencari rezeki
Membela nasib kita bersama

Lirik Dendang Perantau - P.Ramlee

Di hari raya
Terkenang daku kepada si dia
Kampungku indah nun jauh di sana
Ayah serta bondaku

Di tepian mandi
Danauku hijau yang aman damai selalu
Nun di sanalah tempat aku bertemu
Aku dan dia

Lirik Satu Hari Di Hari Raya - M.Nasir

Satu hari di Hari Raya
Ku lihat cahaya bersinar indah
Langit cemerlang tak terkira
Tanda kuasa yang Maha Esa
Memberi nikmat pada manusia

Satu hari di Hari Raya
Ku dengar irama yang sungguh indah
Ku coba mendekati padanya
Kira irama itu adalah
Suara pujian pada yang Esa

Lirik Harapan Ramadhan - Raihan feat Manbai

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Lirik Ajaib – Spider

Hei jauh sangatkah engkau hendak pergi
Dan sembunyi tak mahu jumpa-jumpa aku
Laju sangatkah engkau hendak cabut lari
Hendak cabut dari kata-kata yang dulu
Lututmu itu betulkan dulu
Kencangmu itu pastikan dulu

Ke mana
Nak kau pergi
Ke mana
Nak kau lari
Sedang kau tak mampu lari dari ajaibnya cintaku

Ajaibnya
Tak kau tahu
Engkau sangka bulan-bintang tempat yang sudah habis tinggi

Lirik Mama Papa – Ning Baizura

adakah mungkin ikan lemas di air
adakah mungkin orang lemas dek udara
segala yang terlampau membawa bahaya
serupa jua cinta pun membunuh

telah ku lihat ku amat ku kenali sangat
cinta berubah dan evolusinya
dari asmara jadi rumah tangga
seperti mama dan papa

*corus

mama jangan lupa Papa sangat sayang Mama
walau terlalu lama Papa bersama Mama
papa jangan lupa Mama sangat sayang Papa
walau selalu Mama marah marahkan Papa
mama sayangi Papa

Lirik Manifestasi Cinta - Fiq & Mirwana

apakah akan terjadi pada semua
bila mentari dan sang bumi
tak lagi saling memahami

*verse

dan cinta yang sedia ada
pupus sudah segalanya
hanya tinggal sisa suka duka percintaan

haruskah aku berdiam membisu
berdiri membiarkan semua itu

Komen Terbaru