Halaman

Lirik Hanyut – Faizal Tahir

Harus bagaimana lagi
Dan terus begini
Dengarkan aku
Lihat ke mataku

Cukup sudah kau menghukum
Salahku tetap salahku
Benarkan ku berbicara
Agar bisa pulih semua

Namun harus sampai bila
Kau kan diam seribu bahasa

Lirik Kalau Berpacaran - Ana Raffali, Sohaimi Mior Hassan dan Altimet

Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang

Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang

Lirik Bertemu Cintaku - Ezad Exist

Di sini aku telah lalui
Detik hitam silam
Pernah menghantuiku

Apabila bertemu dirimu
Berubah segalanya
Kerana kejujuranmu

Kasih cara bicaramu
Senyum di bibirmu
Membuat ku rindu

Lirik Pujaan Malaya - Adzrin Azhar

Pujaan Malaya
Kau pujaan
Pujaan

Hati
Dihantu bayanganmu
Rindu
Termimpi tiap waktu

Cinta
Bercampur curiga
Kerna
Kau satu-satunya
Pujaan Malaya

Lirik Sungai Lui – Aizat

Pejamkan matamu untukku
Dengarlah dunia berkata-kata
Usah kau ragu di sini tempatmu
Walau berubah di mata kita tetap indah
Selagi kau masih percaya

Ketawa kecewa terpisah
Jalan yang lurus kian berhalang
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya

Lirik Gadis Semasa - Yuna

Oh begini rasanya cinta
Berani aku lagukan kuasanya
Dan aku begitu naif untuk dirimu
Kerna usia

Oh sekarang bukannya masa
Untuk kau ungkit lagi salah siapa
Dan engkau terlalu ego untuk diriku
Kau memang begitu

Bukalah mata oh
Yang selama ini kau pejamkan
Dan lihatlah diriku
Buanglah buanglah
Buang curiga yang telah lama ku/kau simpan
Yang mungkin memudaratkan mu

Lirik Kekanda Adinda - Atilia & Monoloque

Oh kekanda jangan iri hati
Dinda naik pangkat lagi
Oh adinda kanda mana dengki
Malah kanda support bini

Jadi dinda mahu mengambil masa
Tapi kanda mahu segera
Dinda ingin berjaya dalam kerjaya
Tapi kanda mahu cahaya mata

Dinda belum bersedia
Kanda dah beria ria
Jadi yang mana satu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka

Lirik Sesuci Lebaran - Siti Nurhaliza

Sesuci... di hening subuh sunyi
Sesuci... terdengar nurani
Sesuci... salam untuk Ilahi
Bagaikan memanggil insafi pada diri

Lebaran... terasa kesayuan
Lebaran... takbir bersahutan
Lebaran... memuji keagungan
Bergema suara syukuri nikmat Tuhan

Lirik Dari Jauh Kupohon Maaf - Sudirman

Dalam dingin subuh hatiku terusik
Kenang nasib diri di rantauan
Bergema takbir raya menitis air mata
Terbayang suasana permai desa

Rindu hati ini inginku kembali
Pada ayah bonda dan saudara
Tetapi aku harus mencari rezeki
Membela nasib kita bersama

Lirik Dendang Perantau - P.Ramlee

Di hari raya
Terkenang daku kepada si dia
Kampungku indah nun jauh di sana
Ayah serta bondaku

Di tepian mandi
Danauku hijau yang aman damai selalu
Nun di sanalah tempat aku bertemu
Aku dan dia

Lirik Satu Hari Di Hari Raya - M.Nasir

Satu hari di Hari Raya
Ku lihat cahaya bersinar indah
Langit cemerlang tak terkira
Tanda kuasa yang Maha Esa
Memberi nikmat pada manusia

Satu hari di Hari Raya
Ku dengar irama yang sungguh indah
Ku coba mendekati padanya
Kira irama itu adalah
Suara pujian pada yang Esa

Lirik Harapan Ramadhan - Raihan feat Manbai

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Lirik Ajaib – Spider

Hei jauh sangatkah engkau hendak pergi
Dan sembunyi tak mahu jumpa-jumpa aku
Laju sangatkah engkau hendak cabut lari
Hendak cabut dari kata-kata yang dulu
Lututmu itu betulkan dulu
Kencangmu itu pastikan dulu

Ke mana
Nak kau pergi
Ke mana
Nak kau lari
Sedang kau tak mampu lari dari ajaibnya cintaku

Ajaibnya
Tak kau tahu
Engkau sangka bulan-bintang tempat yang sudah habis tinggi

Lirik Mama Papa – Ning Baizura

adakah mungkin ikan lemas di air
adakah mungkin orang lemas dek udara
segala yang terlampau membawa bahaya
serupa jua cinta pun membunuh

telah ku lihat ku amat ku kenali sangat
cinta berubah dan evolusinya
dari asmara jadi rumah tangga
seperti mama dan papa

*corus

mama jangan lupa Papa sangat sayang Mama
walau terlalu lama Papa bersama Mama
papa jangan lupa Mama sangat sayang Papa
walau selalu Mama marah marahkan Papa
mama sayangi Papa

Lirik Manifestasi Cinta - Fiq & Mirwana

apakah akan terjadi pada semua
bila mentari dan sang bumi
tak lagi saling memahami

*verse

dan cinta yang sedia ada
pupus sudah segalanya
hanya tinggal sisa suka duka percintaan

haruskah aku berdiam membisu
berdiri membiarkan semua itu

Lirik Ku Bukan Aku - Tilu

lama sungguh hari berlalu
hening malam menyiksaku
bila bersendirian sepi jadi pilu

kau pergi aku yang hilang
sedikit pun hidup tak senang
langit cerah ku renung mendung kelabu

*corus

kerana diriku bukan aku
tiap kali kau menjauh
fikiran tak keruan
jiwa rasa kekosongan
diriku bukan aku
tiap kali kau menjauh
pulangkan dia ke pangkuanku

Lirik Putera Duyung – Zack X-Factor (OST Duyung Aridinata)

setingginya gunung sedalam lautan
demi cinta kan ku daki ku selam
harus ku jagamu siang dan malam
mencintaimu menyayangi mu
untuk selamanya

sudikah terima cintaku ini
walau berbeda namun aku percaya
kita ditakdirkan untuk bersama

*corus

aku putera duyung menanti cintamu
akan ku bawamu ke alam ku
aku putera duyung menunggu cintamu
hidup bersamaku di duniamu

Lirik Dan Sebenarnya - Yuna

oh bulan
jangan melayan diriku lagi
pabila
air mata membasahi pipi
dan lagu-lagu di radio seolah-olah memerli aku
pabila
kau bersama yang lain

adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarnya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku

ku enggan
berpura pura ku bahagia
ku enggan
melihat kau bersama si dia
oh ku akui cemburu
telah menular dalam diri
pabila
kau bersama yang lain

Lirik Situasi - Bunkface

diskriminasi menjatuhkan aku
reputasi kini menjadi bisu
dan aku
kulayu
ohh
di situ mengharapkan sesuatu yang baru
itulah impian aku

dan
bila kau menghilang
musnahlah musnah impian
untuk menggapai bintang terangi hidupku
kumahu kau tahu
engkaulah destinasiku
dalam ingatanku
ohh
kerna diri ini tak daya lagi
menempuh hidup yang kutemui
dan aku
kutunggu
ohh

Lirik Malaysia Satu - Faizal Tahir

ku teguh berdiri
tiada lagi ragu atau gentar
ku terus berani
melangkah maju terus ke hadapan
satu impian nyawaku pertaruhkan

genggaman tanganmu
semangatku oh terus membara
janjiku pada mu
harapanmu ingin ku laksanakan

kau adalah ilham
pada mereka yang ingin berjaya
kau terus berjuang
demi membawa perubahan
satu impian oh berjuta harapan

Lirik Yang Terindah (OST Adamaya) - Dakmie

semenjak kau hadir dalam hidupku
tiada lagi keresahan
kau mengetuk pintu hatiku
tanpa sedar hingga ku izinkan

kau yang bernama cinta
kau yang memberi rasa
kau yang ilhamkan bahagia
hingga aku terasa indah

maaf jika ku tidak sempurna
tika bahagia mula menjelma
bila keyakinan datang merasa
kasih disalut dengan kejujuran

Lirik Neeruza Ozawa - Modread

berdetak
detik arah perjalanan
ini pun terhentak
oleh penawanan perasaan

yang menghilang
mampu membawa rasa
yang telah pun tenggelam
kepada dia yang tidak pernah ada

kasih tiada daya
menutup mataku
walau aku tahu oh hatimu
kerana dirimu masih
melangkah tidak berpaling
dan kau tinggalkan aku

Lirik Selamat Malam – Faizal Tahir

biarkan berlalu
semua kepedihanmu
lelapkan matamu
biarkan mimpi membawamu
ke mana kau mahu
selamat malam
tidurlah sayangku
siang kan tiba bercahaya
bermula baru semua untukmu

biarkan berlabuh tirai kisah semalam
yang indah itu ada padamu
dengan setiap impian dan harapan
selamat malam
tidurlah sayangku
siangkan tiba bercahaya
bermula baru semua untukmu

Lirik Drama King – Black Mentor & Meet Uncle Hussain

kali pertama aku mengenalimu
mahu bersama
mahu bersama
raut wajahmu bersih
meyakinkan hati ini
aku terpaut

semua dusta palsu
aku tertipu
keperibadianmu
berubah menurut nafsu
panggilanmu gelaranmu
baru ku tahu

*corus

lakon layarmu hebat
terpukau ku melihat
isi hati upahan
sampai bila
kau mahu tersesat
tidak kau penat
hidup penuh muslihat
mahkotamu Raja Drama

Lirik Terhenti Di Tanda Koma – Nani Mentor 4

bagai berlari di dalam air
menyalakan lilin dipukul angin
bagai diusik tidurku yang nyenyak
sukar ku hapus di kotak minda
kau semakin nyata

melawan arus menyiksa jiwa
tak pernah ku bongkarkan rahsia hati
takut nanti cinta ditolak ke tepi
cerita terhenti pada tanda koma
dengarkanlah nyanyian di jiwa

*corus

ingin aku cinta tidak berupaya
hendak aku dakap ke hujung dunia
namun tak terdaya ku terus melangkah
seorang wanita tak wajar mengalah
aku tak berdaya meneruskan langkah
seorang wanita tak mungkin mengalah

Lirik Gerak Hati – Azlan & The Typewriter

dalam hidupku ini
puas ku tunggu
sesuatu yang ingin ku milikinya

aku pendamkan semuanya
kau tekan emosi di fikiran aku menyambut tuduhan
aku hanya mampu bernyanyi
mimpi-mimpi terang itu
membuat aku terus berlari

andainya langkah kaki aku terhenti
akhir semua pengakhiran melodi ini

Lirik Bencinta - Faizal Tahir

benarkan ku 'tuk berbicara
bicara terus ke hati mu...hati mu
hati yang penuh rasa ragu
jangan terus pergi
tanpa mendengar ku
mungkin mudah
untuk kau terus berlalu
nanti dulu
berikanlah waktu
untuk aku, untuk kamu

ingatkah lagi waktu kau bersama ku
kaku aku melihat mu
lidah kelu sedangkan aku
mahu kau tahu
aku cinta pada mu
benci pada mu
cinta pada mu

Lirik Oh Juwita - Nubhan

duhai Juwita
sungguh aku tak mengerti
tak pernah engkau mencuba untuk fahami
aku yang selalu mencuba untuk menyayangimu di sini

duhai Juwita
masihkah hancur hatimu
setelah patah ditinggalkan kekasihmu
agar aku yang akan selalu temani mengusap tangismu

*corus

akulah lelaki yang bisa mencintamu
hingga nanti aku akan mati
akulah lelaki yang bisa menjagamu
hingga nanti akhir nafasku ini

Lirik Susun Silang Kata - Aizat

aku bermimpi denganmu
ke awana untuk teman bintang bulan
kerananya lebih terang sinarnya
dengan kehadiran kau dan aku

bagiku kaulah yang terindah
manisnya senyuman anugerah Tuhan
memarakkan api dalam diriku
yang tak pernah aku sangka ada
runsingnya buatku
asyik memikirkan dirimu

*corus

kau umpama susun silang kata
yang terakhir untukku
sekian lama ku mencari
rupa-rupanya di depanku
hidup ini tak bererti
jika tiada cinta di hati
untuk terus ku teguh berdiri

Lirik Sofea Jane - Black Mentor

kau ibarat permata di dalam hiasan kaca
yang tak bisa disentuh
namun hanya boleh dipandang
ingin sekali ku sentuh
ingin jua ku memiliki

kau selalu membuat hatiku merasa berat
dan kau yang selalu ada
saat semua pergi
bagaimana mungkin
untuk kau mengerti

kini telah ku sedari
mimpiku tak bererti sendiri

Lirik Inilah Cinta - Akim AF7

terpegun ku melihat kamu
bergetar hatiku memandang mu
dan terus datang mencuba
adakah khayalku menjadi nyata

oh resah hati gelisah
ku takut tak diterima
rupanya kau juga sama
seperti aku merasa cinta

*corus

mungkin inikah yang dinamakan cinta
hati gembira rasa bila kau kata cinta
siang yang suram kini menjadi ceria
hati yang gelisah akhirnya kini menjadi bahagia

Lirik Extravaganza - Bunkface

semangat baru
perjuangan yang satu
dan matlamat hidupku
hanya untukmu

*corus

tapi keadaanmu
berikan aku
berikan aku satu petanda
prasangka
aku kalah

rasa resah jangan kau percaya
dalam hatimu.. {dalam hatimu}
rasa resah jangan kau percaya
kata hatimu.. {kata hatimu}

Lirik Cinta - Mohd Mentor 4

ku persembah cinta suciku
buat insan yang ku sayangi

ku ukirkan dalam hatimu
jawapan cinta kepadamu
hanya kau mengerti

selamilah kasih sucinya cintaku
tulusnya cintaku hanya kepadamu

mampukah kau mengerti
perasaanku kepadamu
dan tulus kasih hanyalah untukmu

Lirik Adrenalin - Faizal Tahir

rangkap satu
kata mula pendahuluanku
salam mula cara kita
sejahtera semua

jangan banyak jangan sikit
sederhana cukup
cara aku cara kamu
sama tak serupa

pandanganku hanya ke langit biru
sabar menanti kelam berlalu pergi
tampil matahari berlari laju
ku terbang tinggi
menuju ke bintang itu

Komen Terbaru